IKLAN #1

Thursday, May 31, 2012

kesedaran

lama tak mai sini

semalam, balik kerja 8.30 malam
dengan ke'sardin'an LRT sampai la ke stesen Setiawangsa dalam 10 menet ke pukul 9.00 malam

penat
lapaq
pening / migrain
mula rasa frustrated
mula rasa tak puas hati dengan kehidupan
mula rasa tak puas hati dengan semua orang

tiba2, ternampak sesuatu yang menginsafkan diri
seorang lelaki berumor 40-an, berdiri di sebelah moto yang sudah di'parking'kan
agaknya menunggu isteri pulang dengan LRT la tu
ada seorang budak lelaki, dalam umor 3 tahun, sedang tidur di atas moto tersebut, anak beliau rasanya
sambil beliau memegang erat anaknya untok memastikan anaknya tidak jatuh dari moto

terus terfikir
"well, at least setiap kali bawak Imtiyaaz amek mama balik kerja Imtiyaaz boleh tidur dalam kereta"

memang sampai ke dalam hati visual tu
terus kesedaran timbul
Alhamdulillah, terima kaseh Allah kerana memberi kesedaran tersebut kepadaku ketika aku sangat memerlukannya

till next time, Ciao!

p/s : you are never too old to do something good, i.e. live your life with positive attitude :-)

No comments: