IKLAN #1

Friday, February 17, 2012

lama tak sembang dengan Ain

lama tak sembang dengan Ain 

Isnin lepaih Ain mintak call dia, obviously calling through her Mak Lang phone la. Lama dah rupa2nya aku tak bersembang dengan Ain ni, rindu rasanya. Highlight of the conversation. 

Abah Ngah : Ain makan apa hari ni ? 
Ain : hari ni Masterchef Malaysia masak 
Abah Ngah : sapa dia masak ? 
Ain : Masterchef Malaysia la 
Abah Ngah : ooo... Wan hang la ni 
Ain : yaa, Wan masak 
Abah Ngah : masak apa Masterchef Malaysia ? 
Ain : (dengan seriusnya) masak Maggie kari, sedap !!!! 
Abah Ngah : (lost for words) 

Ain, Ain.. abah Ngah rindukan Ain. Macam abah Ngah rindukan semua orang kat kampung. Tunggu sat ok, dalam 2 minggu lagi abah Ngah balik kampung 




Muaaahhhss


Ciao.

pictureOfTheMoment updated; 14 February 2012



setelah lebih dari setahun tak update pictureOfTheMoment, akhirnya aku update jugak gambaq ni 14hb hari tu. Gambaq amek masa pi berpiknik kat Tasek Titiwangsa cuti Hari Buruh 2 minggu lepaih. Punya payah nak bagi Imtiyaaz mengadap kamera masa ni sebab tengah kalut nak buaih. Mama dia toksah kata la, awai lagi dah masuk mode enterframe dia…hahaha 


Ciao. 

Tuesday, February 14, 2012

12 February 2012 - part 1 : Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Wangsa Jaya 2012

jadi sebab Sabtu dah dok rumah, Ahad kena la ikut plan tak duduk kat rumah sahaja. fortunately, pagi tu memang ada akitiviti taman perumahan i.e. mesyuarat agung persatuan penduduk. start pukul 9.30 pagi dan buat kat taman perumahan saja, tapi technically still la bole consider as 'tak duduk rumah' kan..hehehe

jadi mak dengan abah pi dulu, mama dengan abah Imtiyaaz mangkit pun dah 9.30 pagi. ya la, bangun Subuh 6.30 Imtiyaaz pon bangun sekali. bila dah mangkit, tobat la dia nak bermain2 dan bergolek2 atas katil dengan seminimum restriction yang mungkin. end up, abah main dengan Imtiyaaz lama gak while mama Imtiyaaz buat lawatan kawasan ala2 YB yang memang menjadi aktiviti mama dan Imtiyaaz setiap pagi weekend. cuma weekend ni start awai sket lawatan kawasan dia. kecik2 dulu cita2 nak jadi YB kot..huhuhu..anyway, memang patut la kami pi lambat pun sebab apparently agar2 mak buat tak cukup keras lagi. so kami nak kena tunggu menda agar2 tu

so bangun, siap2kan diri masing2 dan juga mandikan (read : main ayaq dengan) Imtiyaaz dah pukui 10.15 baru kami boleh keluaq. tolak Imtiyaaz dalam stroller ja sebab tempat mesyuarat tu dalam 500 meter ja dari rumah. dah dekat nak sampai simpang masuk tempat mesyuarat tu, nampak abg Jan dengan Kak Lin pon baru ja on the way. kira OK la tu, tak la lambat sangat kami...hahahaha

tu dia mama dengan Imtiyaaz dah ready dah nak pi bersosial :-)

lama dah depa buat announcement ni


antara penduduk2 taman yang bertanggungjawab sosial

meja urusetia dan ucapan

ni mesti geng time sekolah dulu suka dok belakang dalam kelaih ni...hahaha

potluck, banyak gila makanan

2 orang budak seronok dapat main kat taman permainan

dalam tengahari abeh dah mesyuarat agung ni. sempat la berkenal2an dengan beberapa orang rakan setaman perumahan. disebabkan hangat sangat, mama dengan Imtiyaaz balik dulu. abah bermasyarakat sikit lagi, tolong kemaih kerusi, chewah. walhal lambat sebab banyak makan...huhuhuhu

nanti post part 2, dah 1 lebih dah ni. Ciao.

p/s : tak nampak pulak Encik Khir Rahman kali ni. 2x sebelum ni ada ja muka dia dalam mesyuarat taman

Sunday, February 12, 2012

hari duduk rumah - edisi 11 February 2012

selalunya bila hujung minggu aku akan (nak) bahagi

- 1 hari dok rumah, saja2 enjoy dok rumah
- 1 hari bawak anak bini keluaq jalan2

plan ja camtu, tapi selalunya tak dapat buat pun. sebab selalunya mesti akan keluar dua2 hari hujung minggu walaupun tak lama, which means tak dapat la nak duduk saja 1 hari kat rumah tanpa buat apa. opppss, bukan tanpa buat apa tapi ENJOY dok rumah semata2

hujung minggu kali ni aku determined nak dapat macam apa yang aku plan kat atas tu. well, everything has to start somewhere kan. so semalam lepas dah balik kerja, mandi dan solat Maghrib terus aku tanya bini aku

'nak gi Jalan TAR hari apa? Sabtu ka Ahad?'

terkejut seketika bini aku..hahaha..ya la, mana pernah aku offer dia nak bawak ke Jalan TAR tu. tapi mengenangkan nak dapat sehari dok rumah saja time hujung minggu, terpaksalah aku merancang siap2. kalau tak buat, tak dapat la cam yang aku nak tu

so end up hari ni dok rumah saja and esok kan keluaq ke Jalan TAR lepas mesyuarat agong PPWJ (persatuan penduduk taman perumahan aku la ni). hari ni, dok rumah dan membuat ayam panggang ala Kenny Rogers. aku tolong makan ja, bini aku yang buat semua..hahaha

Tobat Sedap!!! rugi la sapa tak mai makan (looking at you here Kak Lin..hih)

tu dia, keluaq dah dari oven
full dishes for today

nin dia aku punya, makan sepinggan abeh licin terus kenyang

Alhamdulillah, semua yang plan nak buat jadi. sedap pulak tu. boleh buat lagi ni, sebulan sekali target. sempat jugak tengok movie 'Bad Teacher' yang dah lama aku peram nak tengok. average ja movie dia, dan tersangatlah bukan untok tayangan keluarga. and damn, Cameron Diaz looks really old in it

end entry ni dengan gambaq Imtiyaaz ketegaq tak mau lena tadi time orang dok tengok bola. ya, anak aku memang chomel, terima kaseh.

budak chomel :-)
Ciao.