IKLAN #1

Sunday, February 12, 2012

hari duduk rumah - edisi 11 February 2012

selalunya bila hujung minggu aku akan (nak) bahagi

- 1 hari dok rumah, saja2 enjoy dok rumah
- 1 hari bawak anak bini keluaq jalan2

plan ja camtu, tapi selalunya tak dapat buat pun. sebab selalunya mesti akan keluar dua2 hari hujung minggu walaupun tak lama, which means tak dapat la nak duduk saja 1 hari kat rumah tanpa buat apa. opppss, bukan tanpa buat apa tapi ENJOY dok rumah semata2

hujung minggu kali ni aku determined nak dapat macam apa yang aku plan kat atas tu. well, everything has to start somewhere kan. so semalam lepas dah balik kerja, mandi dan solat Maghrib terus aku tanya bini aku

'nak gi Jalan TAR hari apa? Sabtu ka Ahad?'

terkejut seketika bini aku..hahaha..ya la, mana pernah aku offer dia nak bawak ke Jalan TAR tu. tapi mengenangkan nak dapat sehari dok rumah saja time hujung minggu, terpaksalah aku merancang siap2. kalau tak buat, tak dapat la cam yang aku nak tu

so end up hari ni dok rumah saja and esok kan keluaq ke Jalan TAR lepas mesyuarat agong PPWJ (persatuan penduduk taman perumahan aku la ni). hari ni, dok rumah dan membuat ayam panggang ala Kenny Rogers. aku tolong makan ja, bini aku yang buat semua..hahaha

Tobat Sedap!!! rugi la sapa tak mai makan (looking at you here Kak Lin..hih)

tu dia, keluaq dah dari oven
full dishes for today

nin dia aku punya, makan sepinggan abeh licin terus kenyang

Alhamdulillah, semua yang plan nak buat jadi. sedap pulak tu. boleh buat lagi ni, sebulan sekali target. sempat jugak tengok movie 'Bad Teacher' yang dah lama aku peram nak tengok. average ja movie dia, dan tersangatlah bukan untok tayangan keluarga. and damn, Cameron Diaz looks really old in it

end entry ni dengan gambaq Imtiyaaz ketegaq tak mau lena tadi time orang dok tengok bola. ya, anak aku memang chomel, terima kaseh.

budak chomel :-)
Ciao.

No comments: