IKLAN #1

Tuesday, February 14, 2012

12 February 2012 - part 1 : Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Wangsa Jaya 2012

jadi sebab Sabtu dah dok rumah, Ahad kena la ikut plan tak duduk kat rumah sahaja. fortunately, pagi tu memang ada akitiviti taman perumahan i.e. mesyuarat agung persatuan penduduk. start pukul 9.30 pagi dan buat kat taman perumahan saja, tapi technically still la bole consider as 'tak duduk rumah' kan..hehehe

jadi mak dengan abah pi dulu, mama dengan abah Imtiyaaz mangkit pun dah 9.30 pagi. ya la, bangun Subuh 6.30 Imtiyaaz pon bangun sekali. bila dah mangkit, tobat la dia nak bermain2 dan bergolek2 atas katil dengan seminimum restriction yang mungkin. end up, abah main dengan Imtiyaaz lama gak while mama Imtiyaaz buat lawatan kawasan ala2 YB yang memang menjadi aktiviti mama dan Imtiyaaz setiap pagi weekend. cuma weekend ni start awai sket lawatan kawasan dia. kecik2 dulu cita2 nak jadi YB kot..huhuhu..anyway, memang patut la kami pi lambat pun sebab apparently agar2 mak buat tak cukup keras lagi. so kami nak kena tunggu menda agar2 tu

so bangun, siap2kan diri masing2 dan juga mandikan (read : main ayaq dengan) Imtiyaaz dah pukui 10.15 baru kami boleh keluaq. tolak Imtiyaaz dalam stroller ja sebab tempat mesyuarat tu dalam 500 meter ja dari rumah. dah dekat nak sampai simpang masuk tempat mesyuarat tu, nampak abg Jan dengan Kak Lin pon baru ja on the way. kira OK la tu, tak la lambat sangat kami...hahahaha

tu dia mama dengan Imtiyaaz dah ready dah nak pi bersosial :-)

lama dah depa buat announcement ni


antara penduduk2 taman yang bertanggungjawab sosial

meja urusetia dan ucapan

ni mesti geng time sekolah dulu suka dok belakang dalam kelaih ni...hahaha

potluck, banyak gila makanan

2 orang budak seronok dapat main kat taman permainan

dalam tengahari abeh dah mesyuarat agung ni. sempat la berkenal2an dengan beberapa orang rakan setaman perumahan. disebabkan hangat sangat, mama dengan Imtiyaaz balik dulu. abah bermasyarakat sikit lagi, tolong kemaih kerusi, chewah. walhal lambat sebab banyak makan...huhuhuhu

nanti post part 2, dah 1 lebih dah ni. Ciao.

p/s : tak nampak pulak Encik Khir Rahman kali ni. 2x sebelum ni ada ja muka dia dalam mesyuarat taman

No comments: