IKLAN #1

Friday, November 21, 2008

menunaikan nazar, Alhamdulillah syukur :-)

salaam all

bulan lepaih, October 08 dalam belas2 haribulan aku mendapat berita gembira daripada boss aku. akhirnya kerja2 keras aku mendapat penghargaan yang sepatutnya. aku sangat gembira kerana penghargaan tu, dan orang yang pertama aku bagitau ialah tunang aku. then mak aku, dan lepaih tu baru kawan2 aku

anyway, dah dapat apa yang nak ni kena la tunaikan nazar yang buat masa sebelom dapat tu. so aku pon tunaikan nazar tu time aku balik Kedah cuti Deepavali hari tu. dan semestinya la budak kecik Ain Sofia ikut. pantang lepa budak kecik tu, tak padan dengan ayaq bah naik kat jalan nak masuk rumah aku masa tu. katak hijau aku pon parking kat luaq kat jalan yang tinggi sket kat rumah Bang Kri. dah budak kecik Ain Sofia nak ikut, yang jadi mangsanya pakngah dia la kena dukung dia sampai ke jalan tinggi sket. bukan main suka lagi dia dapat orang dukung dia sambil main ayaq. tapi takpa, aku memang suka dukung dia pon..hehehe

aku tunaikan nazar aku kat kedai gunting rambut kegemaran aku kat Langgaq. pakcik gunting rambut tu memang terer la gunting rambut. stylo pon bole, old skool pon bole. tapi aku punya senang ja. "nombot 2 pakcik no" sambil tersenyum aku berkata..wakakakaka, keluaq dah ayat samarinda. pakcik tu dengan senyuman biasa meneruskan kerja beliau. selepas kurang lebih 10 menet, pakcik tu selesai dengan kerja dia. aku pon selesai la tunaikan nazar aku. alhamdulillah, berangin kepala..kekekeke

proses bermula

muka takut Ain Sofia melihat pakngahnya naik ke atas kerusi gunting rambut


halfway through....

takut menjadi curious


almost there...

ooo...gelakkan pak ngah ye


akhirnya selesai..Alhamdulillah


it's like she's thinking "huh, siapakah itu yang ingin mendukung aku"..kuakuakua

No comments: